Friday, December 25, 2009

Acar Buah


Bahan-bahan:

500 gm buah-buah jeruk (limau, pala, kismis, prun)
15 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
3 cm halia (dimayang)
15-20 biji cili kering
30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari
½ cawan cuka
Sedikit gula
Garam
Minyak untuk menumis

Cara:

1. Cili dibuang biji & digiling.
2. Panaskan periuk & minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi.
3. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata.
4. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau.
5. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata.
6. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.

Friday, October 23, 2009

Bubur Ayam


Sumber: Majalah Jelita Mac 1992

Bahan-Bahan:

300 gm beras, dicuci bersih
2 cm halia, dititik
3 batang serai, dititik
½ ekor ayam Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup

Cara:

Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur.

Masukkan garam. Kacau hingga rata.

Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam.

Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata.

Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.

Friday, October 9, 2009

Mee Bandung


Bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning
1 labu bawang besar
2 ulas bwg putih
2 genggam udang geragau
cili kering (blend) atau cili serbuk
cili sos - 3 sudu besar
gula
garam
telur sebiji (kacau sedikit)
udang basah
sayur sawi

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang-bawang dengan udang geragau.
2. Panaskan minyak. Tumis hingga garing.
3. Masukkan cili mesin dan sos cili.
4. Masak hingga naik bau.
5. Masukkan air ikut kepekatan yang disukai.
6. Selepas itu masukkan telur, udang basah, garam dan gula.
7. Akhir sekali masukkan mee dan sayur. Tutup api. Jangan lama nanti sayur layu.

Taken from: www.resepi.net

Thursday, October 1, 2009

Puding Jagung Syawwal

Gambar sementara menunggu beku

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
10 camca besar tepung kastard
1 tin jagung
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Mulakan dengan membaca basmalah dan berselawat ke atas Rasulullah Sollallahu'alaihi wasallam.

2. Masukkan tepung kastard ke dalam 1/4 tin susu cair dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

3. Didihkan 3/4 tin susu cair lagi bersama gula dan garam secukup rasa.

4. Masukkan adunan kastard tadi ke dalam susu mendidih dan kacau hingga sebati. Adunan akan menjadi pekat serta-merta.

5. Masukkan jagung dan kacau lagi hingga sebati.

6. Padamkan api. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan hingga beku.

7. Boleh dihidangkan kepada tetamu di 'Idulfitri.

Sunday, August 30, 2009

Ayam BBQ

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

2.0kg ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula

Cara-cara:

Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.

Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.

Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.

Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)

Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.

Saturday, August 22, 2009

Puding Roti

Hmm...hari raya nanti boleh cuba kot?!

Bahan-Bahan:

1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

Cara:

Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Saturday, August 8, 2009

Kuey Teow Kungfu

Bahan A (Kuah)

2 ulas bawang putih
4 gelas air
3 sudu tepung jagung
Isi ayam , udang, sotong (ikut suka)
Sayur (ikut suka)
Garam (Secukup rasa)

Bahan B ( Kuey teow celup telur )

1 paket kuey teow
3 biji telur (ikut kesesuaian)

Cara - caranya :

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan 4 gelas air. Tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan ayam, udang, sotong, sayur dan garam secukup rasa, biarkan sehingga masak.
4. Bancuh tepung jagung dengan air sedikit sahaja dan tuangkan ke dalam kuah tadi , tunggu hingga kuah menjadi pekat. Siap.
5. Gaulkan kuey teow bersama telur dan gorengkan pada minyak panas.
6. Sedia untuk dimakan.

Monday, July 27, 2009

Resepi Kejayaan


Kali ini bukan resepi masakan, tetapi resepi kejayaan. Sebenarnya dah lama saya tak main masak-masak ni, sebabnya duduk di hostel UIA ni tidak dibenarkan memasak. Jadi, semangat saya untuk mengumpul resepi pun tidaklah berkobar-kobar sangat kerana tidak dapat mengaplikasikannya.

Tetapi jika saya pulang bercuti di rumah, saya pasti akan cuba memasak sekurang-kurangnya satu main dish dalam sehari. Masa tu je la saya nak puaskan hati dengan air tangan sendiri.

So, saya nak hiburkan diri saya dengan lagu ni la...sebagai resepi kejayaan.

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Ya Allah, aku bermohon agar segala-galanya Engkau mudahkan buatku...

Aku inginkan yang terbaik...terbaik hablun minallah, terbaik hablun minannas...

Amiinnn ya Rabbal 'Alamin.

Thursday, July 16, 2009

Bihun Goreng Cina Afzan

Boleh ke menamakan bihun goreng cina dengan nama sendiri? Sebab resepi buat sendiri, bolehlah... :)

Bahan-bahan:

1. Bihun
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Ikan bilis
5. Sawi
6. Lada hitam
7. Minyak masak

Cara:

1. Goreng ikan bilis sehingga garing.
2. Selepas bilis garing, terus tumiskan bawang merah dan putih yang ditumbuk.
3. Masukkan lada hitam yang ditumbuk, garam dan gula.
4. Masukkan bihun dan sawi. Kacau hingga rata.
5. Kacau sampai masak.

Thursday, July 2, 2009

Ketam Tumis

Bahan-bahan:

Ketam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lada giling
Gula, garam

Cara-cara:

1. Tumiskan lada giling.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk.
3. Masukkan air.
4. Masukkan ketam.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Saturday, June 13, 2009

Mee Rebus

Bahan-bahan:

Mee kuning
Sayur: sawi/ tomato
Ayam
Bawang besar ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Lada hitam ditumbuk
Halia dititik
Rempah: bunga lawang, buah pala, cengkih
Gula,garam

Cara:

1. Panaskan minyak.
2. Masukkan rempah,goreng hingga berbau harum.
3. Masukkan bawang yang ditumbuk tadi,goreng hingga berbau.
4. Masukkan halia.
5. Masukkan ayam.
6. Masukkan air.
7. Masukkan lada hitam, gula, garam.
8. Bila dah masak, boleh masukkan sayur.
9. Akhir sekali, masukkan mee kuning.Jangan kacau terlalu lama untuk mengelakkan mee tu kembang.
10. Boleh hidang.

** Resepi ni daripada mak.Sudah dicuba masak sendiri,alhamdulillah berjaya la... Indicator berjaya ialah bila mak menambah 2 kali.hehe.

Friday, June 12, 2009

Sup Ayam

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (disiang,asingkan kulit & lemaknya,ketepikan)
1 sudu kicap cair
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 labu sedang bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku)
4 cawan air
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Bawang merah goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang
Lada-lada hiris yang telah dijeruk

Cara:

1.Potongkan ayam kepada ketulan-ketulan & perasakan dengan campuran kicap.
2.Perapkan selama 15-20 minit.
3.Panaskan kulit & lemak yang telah diketepikan itu di atas api yang besar.Dapatkan minyaknya & tapis.
4.Tuangkan ke dalam periuk lain.
5.Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering.
6.Tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia. Goreng hingga layu.Besarkan api.
7.Masukkan ayam & bahan perasa selebihnya.
8.Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilkan api.
9.Masukkan air,ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga ayam & ubi kentang empuk.
10. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan.
11.Taburkan atasnya dengan bawang merah goreng,daun bawang & daun sup.Hidangkan segera dengan lontong atau roti.Hidangkan lada dalam pinggan yang berasingan.

##Taken from Masakan Idaman Melayu.

Saturday, June 6, 2009

Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan:

500g mi kuning
60ml minyak
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
6 camB sos tomato
8 tangkai sawi (dihiris 3 cm)
300 g tauge (dibuang ekor)
2 biji telur (dipukul)
2 biji cili besar hijau
2 biji tomato (dipotong berbaji)
2 biji kentang (direbus & dihiris 0.5 cm)
3 ketul cucur udang (dihiris nipis)
10 ulas Bawang merah (dihiris nipis & digoreng garing)
5 tangkai daun bawang (dicincang)
garam secukup rasa

Bahan berikut diperap selama 1 jam:

200g daging kambing (dihiris nipis)
1 cam. Besar kicap manis
1 cam. teh kicap hitam
1/4 cam. teh serbuk lada hitam

Bahan Perasa:
2 camB kicap hitam
1-2 camt serbuk cili

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga wangi.
Masukkan daging perap dan bahan perasa. Kacau selama 3-4 minit.
Bubuh air dan tutup sebentar. Biarkan daging empuk.
Masukkan pula sos tomato dan sawi. Kacau selama 2 minit.
Kacaukan mi, tauge dan telur hingga bersalut.
Akhir sekali masukkan cili hijau, tomato, kentang dan cucur udang. Tambah garam ikut suka
Angkat dan taburkan bawang goreng dan daun bawang sebelum disajikan.

Rujukan: Buku "Masakan Popular Malaysia" - Nor Zailina Nordin.

## I took from iluvislam.com.Thanks.

Thursday, June 4, 2009

Puding Kastard

Bahan-Bahan:

20 gm agar-agar
1000 ml air
300 gm gula pasir
4 camca besar tepung kastard
400 ml susu cair 4 biji telur
300 gm mangga ranum (dikisar halus)
½ camca teh esen vanila
Pewarna merah

Cara:

1.Masak agar-agar bersama air di dalam periuk di atas api sederhana hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula pasir, kacau hingga ia larut.
3.Asingkan 500 ml agar-agar, bubuh di dalam periuk lain di atas api kecil.
4.Kacau tepung kastard bersama susu cair dan telur di dalam mangkuk hingga ia sebati.
5. Bahagikan ia dua bahagian.
6.Tuang sebahagian kastard di dalam agar-agar pertama, kacau hingga ia sebati.
7.Tuang ia di dalam acuan pilihan. Biar ia keras sedikit.
8.Tuang baki kastard di dalam baki agar-agar tadi, kacau hingga sebati.
9.Masukkan puri mangga bersama esen vanila dan pewarna merah.
10.Jerang hingga ia mendidih.
11.Tuang agar-agar bermangga di atas agar-agar lapisan pertama tadi. Biar ia keras.

**this one was taken from Majalah Wanita.

Sup Tulang Abuya

Resepi ni diminta daripada Abuya(suami ustazah) masa nak masak untuk program...so buat kenangan kat blog ni la...

MESIN:
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia

+ Rempah sup powder = TUMIS SEKALI

BUBUH MASA REBUS:

• Tulang
• Sup bunjut tulang
• Halia muda diketuk
• Air

BUBUH MASA MENDIDIH:

• Gula
• Garam
• Lada hitam mesin

Bihun Goreng Cina ala Kampung

Bahan-bahan:

1-bihun satu bungkus 
2-cili api 6 biji 
3-lada hitam 20 biji 
4-bawang putih/merah 6 biji 
5-sayur -lobak merah , sawi , jagung

##bahan untuk menumis,ambil bahan 2,3,4 dan kisar bahan tadi sehingga lumat.

Cara:

1.ambil sedikit minyak masak untuk menumis.
2.masuk bahan menumis,sehingga kuning. 
3.masukan bihun,kacau sehingga bihun lembut 
4.masukan telur(kalau perlu),akhir sekali 
5.masuk sayur kedalam bihun tadi.kacau sehingga bihun lembut.

Cadangan Hidangan:

setelah masak hidang dalam pinggan,untuk melazatkan lagi,hias dengan daun sup/daun bawang diatas bihun,tabur.

Sunday, May 24, 2009

Tempat Mengumpul Resepi

Assalamualaikum warahmatullah...

Blog ini sengaja diadakan untuk mengumpulkan resepi- resepi yang saya kumpulkan daripada pelbagai sumber. Tujuannya supaya senang untuk saya menyemaknya kembali. Jika ia turut memberi manfaat kepada para pengunjung, alhamdulillah...dapat 2 dalam 1 :)

SELAMAT MEMASAK! 

Pengenalan

Blog yang mengumpulkan resepi-resepi daripada pelbagai sumber untuk rujukan peribadi pemiliknya, bukan untuk tujuan komersial dan lain-lain. Selamat Datang kepada anda.