Thursday, March 11, 2010

Pajeri Nenas

Bahan-bahan:
  • 1 tin nenas
  • 1 tin santan cair (200ml)
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu gula perang (boleh tukar dengan gula melaka)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 biji lada merah
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. blend, bawang besar, bwang putih, halia dan udang kering
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend
  3. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing
  4. Masukkan air daripada syrup nenas dalam tin (jika suka)
  5. Tuangkan santan dan kacau hingga sebati
  6. masukkan kerisik dan garam secukup rasa
  7. Masukkan nenas dan juga lada merah
  8. Masak hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi

~taken from myresepi.com

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Blog yang mengumpulkan resepi-resepi daripada pelbagai sumber untuk rujukan peribadi pemiliknya, bukan untuk tujuan komersial dan lain-lain. Selamat Datang kepada anda.