Sunday, March 7, 2010

Nasi Lemak


Bahan-bahan ( 4-6 orang )

* Bahan untuk nasi:-
@ 2 cawan beras
@ 1 cawan santan n 1 cawan air( atau guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
@ 1 helai daun pandan - disimpul
@ 3 hirisan halia
@ secubit garam

* Bahan untuk sambal:-
@ 6 sudu besar cili kering mesin
@ 4 ulas bawang merah -ditumbuk
@ 2 bawang putih -ditumbuk
@ 1 biji bawang besar -dihiris
@ segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
@ sedikit air asam jawa
@ sedikit belacan (jika suka)
@ garam n gula

* Bahan sampingan lain :-
@ Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara:

1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk hingga sedikit garing dan pecah minyak.

3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.

4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.

~taken from myresepi.com

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Blog yang mengumpulkan resepi-resepi daripada pelbagai sumber untuk rujukan peribadi pemiliknya, bukan untuk tujuan komersial dan lain-lain. Selamat Datang kepada anda.