Saturday, September 10, 2011

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Sumber gambar: flickr
Bahan-Bahan:

BAHAN A:
1 ekor ikan siakap
Garam
Kunyit
Minyak masak

BAHAN B:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ketul halia
3 batang serai
(Semua bahan ini dirincis halus dan digoreng hingga garing)

BAHAN C:
4 sudu cabai kering yang telah diblander.
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Gula, garam dan daun limau purut.

BAHAN D:
Karet
Sudip jagung
Bunga kobis

Cara:

Goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi (iaitu Bahan A).

Bahan B yang telah digoreng hingga garing tadi dicampur pulak dengan Bahan C.Kemudian masukan sedikit air supaya tidak terlalu likat.

Setelah masak dan naik bau masukan pulak Bahan D lebih kurang selama 7 minit.

Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Sumber: http://resepi.mesra.net/Detailed/4442.shtml

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Blog yang mengumpulkan resepi-resepi daripada pelbagai sumber untuk rujukan peribadi pemiliknya, bukan untuk tujuan komersial dan lain-lain. Selamat Datang kepada anda.