Sunday, August 30, 2009

Ayam BBQ

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

2.0kg ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula

Cara-cara:

Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.

Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.

Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.

Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)

Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.

Saturday, August 22, 2009

Puding Roti

Hmm...hari raya nanti boleh cuba kot?!

Bahan-Bahan:

1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

Cara:

Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Saturday, August 8, 2009

Kuey Teow Kungfu

Bahan A (Kuah)

2 ulas bawang putih
4 gelas air
3 sudu tepung jagung
Isi ayam , udang, sotong (ikut suka)
Sayur (ikut suka)
Garam (Secukup rasa)

Bahan B ( Kuey teow celup telur )

1 paket kuey teow
3 biji telur (ikut kesesuaian)

Cara - caranya :

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan 4 gelas air. Tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan ayam, udang, sotong, sayur dan garam secukup rasa, biarkan sehingga masak.
4. Bancuh tepung jagung dengan air sedikit sahaja dan tuangkan ke dalam kuah tadi , tunggu hingga kuah menjadi pekat. Siap.
5. Gaulkan kuey teow bersama telur dan gorengkan pada minyak panas.
6. Sedia untuk dimakan.

Pengenalan

Blog yang mengumpulkan resepi-resepi daripada pelbagai sumber untuk rujukan peribadi pemiliknya, bukan untuk tujuan komersial dan lain-lain. Selamat Datang kepada anda.