Monday, July 27, 2009

Resepi Kejayaan


Kali ini bukan resepi masakan, tetapi resepi kejayaan. Sebenarnya dah lama saya tak main masak-masak ni, sebabnya duduk di hostel UIA ni tidak dibenarkan memasak. Jadi, semangat saya untuk mengumpul resepi pun tidaklah berkobar-kobar sangat kerana tidak dapat mengaplikasikannya.

Tetapi jika saya pulang bercuti di rumah, saya pasti akan cuba memasak sekurang-kurangnya satu main dish dalam sehari. Masa tu je la saya nak puaskan hati dengan air tangan sendiri.

So, saya nak hiburkan diri saya dengan lagu ni la...sebagai resepi kejayaan.

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Ya Allah, aku bermohon agar segala-galanya Engkau mudahkan buatku...

Aku inginkan yang terbaik...terbaik hablun minallah, terbaik hablun minannas...

Amiinnn ya Rabbal 'Alamin.

Thursday, July 16, 2009

Bihun Goreng Cina Afzan

Boleh ke menamakan bihun goreng cina dengan nama sendiri? Sebab resepi buat sendiri, bolehlah... :)

Bahan-bahan:

1. Bihun
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Ikan bilis
5. Sawi
6. Lada hitam
7. Minyak masak

Cara:

1. Goreng ikan bilis sehingga garing.
2. Selepas bilis garing, terus tumiskan bawang merah dan putih yang ditumbuk.
3. Masukkan lada hitam yang ditumbuk, garam dan gula.
4. Masukkan bihun dan sawi. Kacau hingga rata.
5. Kacau sampai masak.

Thursday, July 2, 2009

Ketam Tumis

Bahan-bahan:

Ketam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lada giling
Gula, garam

Cara-cara:

1. Tumiskan lada giling.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk.
3. Masukkan air.
4. Masukkan ketam.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Pengenalan

Blog yang mengumpulkan resepi-resepi daripada pelbagai sumber untuk rujukan peribadi pemiliknya, bukan untuk tujuan komersial dan lain-lain. Selamat Datang kepada anda.