Wednesday, June 1, 2011

Kangkung Goreng Belacan


1 ikat sayur kangkung ( dicuci bersih dan disiang )
3 biji bawang merah ( ditumbuk )
2 ulas bawang putih (ditumbuk )
1 cm belacan ( ditumbuk )
1 sudu teh udang kering ( ditumbuk )
4 biji cili padi ( ditumbuk )
2 sudu makan sos tiram
minyak untuk menumis

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga berbau harum.
2. Masukkan sos tiram bersama sedikit air.
3. Bila kuah mendidih masukkan sayur kangkung.
4. Bila sayur telah layu, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Pengenalan

Blog yang mengumpulkan resepi-resepi daripada pelbagai sumber untuk rujukan peribadi pemiliknya, bukan untuk tujuan komersial dan lain-lain. Selamat Datang kepada anda.