Friday, November 26, 2010

Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak menulis resepi 'Daging Goreng Kunyit' !

Teringat baru-baru ini semasa Hari Raya Korban, banyak daging korban yang sampai ke rumah. Jadi, suatu hari tu saya pun decide la nak buat daging goreng kunyit, sebab malam sebelumnya tu saya dengar resepi ni di radio ikim.fm...(tapi tak ingat dah sape nama chef tu)

Esoknya, maka terhasillah daging goreng kunyit saya lalu dimasukkan hidangan tersebut di bawah tudung saji untuk hidangan sekeluarga. Ketika ayah saya bersantap akan daging goreng itu, maka berkatalah beliau, "Kerasnya daging ni...dok empuk."

Huhu...lalu saya pun dengan sengih kerang busuk berkata, "Hehe...bukan mak masak, Kak Jan yang masak..." Kueng-kueng-kueng. Rupa-rupanya hamba telah tersalah langkah dalam menghasilkan daging goreng kunyit.

Okay! Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Let's learn how to maka a perfect Daging Goreng Kunyit. Credit to my sifu My Resepi.

Bahan-bahan ( 2-3 org )
  • a. 200-300gm daging mentah
  • b. serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • c. minyak masak
  • d. bawang merah 2-3 biji dimayam
  • e. bawang putih 1 biji dimayam
  • f. bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • g. lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
  • h. optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang
Cara-cara

1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal

2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit

3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat. dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. Goreng daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging masak.

4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa.

5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing

6. apabila semua garing, lauk sudah siap. hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap. yum yum.

7. variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis

8. variasi lauk ini #2: sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap


Pengenalan

Blog yang mengumpulkan resepi-resepi daripada pelbagai sumber untuk rujukan peribadi pemiliknya, bukan untuk tujuan komersial dan lain-lain. Selamat Datang kepada anda.